Perkhidmatan Kawalan Serangga dan Makhluk Perosak
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak. Pilih solusi yang paling sesuai untuk rumah atau perniagaan anda.
Perkhidmatan Kawalan Serangga dan Makhluk Perosak
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak. Pilih solusi yang paling sesuai untuk rumah atau perniagaan anda.
KAWALAN ANAI-ANAI
Anai-anai ialah serangga yang termasuk dalam order
Isoptera. Anai-anai ialah serangga sosial yang hidup dan bekerja dalam kumpulan besar dikenali sebagai koloni. Anai-anai juga mempunyai sistem pengagihan fungsi dan tugas yang sangat tersusun mengikut kategori sosial yang dikenali sebagai kasta. Kasta anai-anai yang berbeza yang akan melaksanakan tugas yang berbeza.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAEDAH KAWALAN
KAEDAH PEMULIHAN TANAH TAPAK PEMBINAAN (PRE-CONSTRUCTION SOIL TREATMENT)
Kaedah rawatan di tapak pembinaan sebelum pembinaan bangunan mempunyai banyak kebaikannya. Ia lebih kepada bentuk perlindungan yang teliti dan lebih mudah dijalankan. Kaedah ini akan dilaksanakan pada beberapa peringkat pembinaan.
KAEDAH PEMULIHAN TANAH (CORRECTIVE SOIL TREATMENT)
Kaedah ini dilaksanakan dengan lubang digerudi di atas lantai dalam jarak antara lubang 12” hingga 24” (bergantung kepada kesesuaian). Jarak antara lubang dan dinding adalah 6”. Lima (5) liter bancuhan racun dipam ke dalam setiap lubang. Lubang yang ditebuk akan ditampal semula. Semburan kimia pembasmi anai-anai akan dilakukan di struktur berkayu termasuk bumbung & tempat berisiko serangan anai-anai.
KAEDAH UMPANAN DALAM TANAH (INGROUND BAITING)
Stesen umpanan akan dipasang di dalam tanah di tempat-tempat yang disyaki laluan atau berisiko serangan. Stesen Umpan anai-anai mengandungi chlorfluazuron sebagai pewaris aktif, dimana ianya bertindak mengawal pertumbuhan anai-anai (IGR – Insert Growth Regulator). Anai-anai pekerja akan memakan umpan tersebut dan mengagihkan umpan kepada koloni. Perkembangan anai-anai dari nim ke dewasa akan melalui beberapa kali proses pertukaran kulit. Bahan kimia yang memasuki sistem anai-anai akan melemahkan dan melumpuhkan pertumbuhan kulit seterusnya menyebabkan kematian anai-anai. Bangkai anai-anai yang mati juga dijadikan makanan dan ini menyebarkan lagi kesan kimia sehingga keseluruhan koloni tersebut
KAEDAH UMPANAN ATAS TANAH (ABOVE GROUND BAITING)
Stesen umpanan akan dipasang di laluan anai-anai aktif yang ditemui. Stesen Umpan anai-anai mengandungi chlorfluazuron sebagai pewaris aktif, dimana ianya bertindak mengawal pertumbuhan anai-anai (IGR – Insert Growth Regulator). Anai-anai pekerja akan memakan umpan tersebut dan mengagihkan umpan kepada koloni. Perkembangan anai-anai dari nim ke dewasa akan melalui beberapa kali proses pertukaran kulit. Bahan kimia yang memasuki sistem anai-anai akan melemahkan dan melumpuhkan pertumbuhan kulit seterusnya menyebabkan kematian anai-anai. Bangkai anai-anai yang mati juga dijadikan makanan dan ini menyebarkan lagi kesan kimia sehingga keseluruhan koloni tersebut dilumpuhkan.
KAWALAN PEPIJAT
Pepijat kebiasaannya ditemui di tempat-tempat yang gelap dan kering seperti di katil, tilam, rekahan di dinding serta lantai dan perabot. Bagi masalah ini boleh di atasi dengan kaedah semburan residual dan pengwasapan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN NYAMUK
Taburan nyamuk hampir di seluruh dunia, ia boleh ditemui di seluruh kawasan tropika dan kawasan yang beriklim sederhana. Nyamuk mempunyai tabiat yang berbagai, ini menyebabkan nyamuk boleh hidup di banyak persekitaran yang berbeza.
Larva nyamuk boleh ditemui ditempat-tempat air bertakung.
Larva nyamuk boleh ditemui ditempat-tempat air bertakung.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN LALAT
Lalat rumah biasa, Musca domestica didapati di kebanyakan tempat di dunia. Spesies ini lazimnya dijumpai di merata tempat yang berkait rapat dengan kehidupan manusia kerana dapat menyesuaikan dirinya dengan baik sekali dengan persekitaran manusia. Persekitaran bandar, meskipun dengan adanya pemodenan dan perindustrian yang pesat, tidak terkecuali daripada gangguan makhluk perosak ini dan hingga kini, lalat rumah masih merupakan suatu masalah yang serius.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN BURUNG
Burung merupakan sejenis haiwan yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti selsema burung, dimana virus tersebut terbesar melalui najis burung. Burung juga boleh menyebabkan masalah kekotoran di kawasan tenggekan dan kerumunan serta menyebabkan pencemaran bau.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN KELAWAR
Kelawar boleh menjadi pembawa mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit boleh tersebar melalui sentuhan najis mereka. Kelawar juga menyebarkan parasit seperti kutu dan hama yang boleh menular kepada manusia menyebabkan ketidakselesaan dan potensi risiko kesihatan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN SEMUT
Semut adalah serangga sosial yang hidup berkoloni. Ia dikelaskan di bawah famili Fomicidae dalam Order Hymenoptera. Kira-kira 14,000 spesies semut telah dikenal pasti, tetapi hanya kira-kira 40 spesies daripadanya diambil
kira sebagai makhluk perosak dalam persekitaran manusia.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN TIKUS
Tikus merupakan antara perosak utama di kawasan bandar dan di kawasan pertanian. Makhluk perosak ini menyebabkan pencemaran, kerosakan makanan dan hasil simpanan serta menyerang tanaman di lapangan.
Tikus menyebabkan jangkitan kuman serta mencemarkan makanan melalui najis, air kencing dan bulu di gudang penyimpanan makanan serta tempat ternakan haiwan.
Tikus menjadi vektor dan menyebarkan pelbagai penyakit zoonosis kepada manusia seperti penyakit kencing tikus (leptospirosis), hawar (bubonic plague), penyakit kuning, keracunan makanan (salmonelosis), dan banyak lagi penyakit yang boleh mencetuskan wabak.
Tikus menyebabkan jangkitan kuman serta mencemarkan makanan melalui najis, air kencing dan bulu di gudang penyimpanan makanan serta tempat ternakan haiwan.
Tikus menjadi vektor dan menyebarkan pelbagai penyakit zoonosis kepada manusia seperti penyakit kencing tikus (leptospirosis), hawar (bubonic plague), penyakit kuning, keracunan makanan (salmonelosis), dan banyak lagi penyakit yang boleh mencetuskan wabak.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
KAWALAN LIPAS
Lipas adalah merupakan serangga kuno yang tergolong dalam order Blattodea. Sehingga kini, terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas di seluruh dunia. Walaupun begitu, hanya sekitar 30 spesies yang dikategorikan sebagai perosak yang terbahagi kepada 2 kumpulan.
- Lipas Peridomestic : iaitu spesies lipas yang saiznya lebih besar yang tinggal di luar dan di sekitar bangunan seperti halaman/taman di sekitar bangunan, di longkang dan di pembetung serta di persekitaran tong sampah. Selain itu juga, lipas dari kumpulan ini akan tinggal di ruang bahagian bawah lantai dan bumbung bangunan. Lipas ini biasanya akan masuk ke dalam rumah ketika mencari makanan dan kawasan yang lembab. Contohnya lipas Amerika.
- Lipas Domestik : iaitu spesies lipas yang hanya tinggal di dalam bangunan seperti lipas Jerman.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.